Ia adlh salah 1 drpd doa2 yg elok diamalkan sebagai doa pengikat hati..hati2 yang bersatu dan bertaut hanya kerana Allah. Maksud doa ni adalah :
"Ya Allah,
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini,
telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu,
bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan
Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar,
serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu.
(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah
perkenankanlah doa kami".
Kaifiyatnya..
· Apabila membaca doa ini dan tatkala menyebut (ANNA HAZIHIL QULUB..) maka hendaklah diniatkan hati-hati pemimpin dan seluruh ahli gerakan Islam/sahabat/saudara2 seagama..
Semoga Allah menetapkan hati kita di dalam jalan ini, dan moga Allah juga cepat-cepat mengurniakan "ubat" kepada penyakit yang melanda sekarang ini....
Buat pengetahuan SEMUA doa ni juga boleh diniatkan untuk seseorang (lelaki @ perempuan) yang kita suka..moga si dia adalah jodoh yg terbaik bg kita..:)
*Doa ni bleh dibaca ketika selepas solat b'sendirian/b'jemaah/sblm@ slps makan @ bila2 ms shj..sgt sesuai utk dihafaz dan diamalkan..doa ni ada dlm al-Mathurat (Doa2 Amalan Rasulullah s.a.w.)
No comments:
Post a Comment