Powered By Blogger


tetamu terhormat singgah

mujahidku menuju dewasa...



Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat



salam jumaat salam barakah semua.....

entry cik ah utk hari ni khas buat adik2ku  Muhammad Al-Hadie & Muhammad Al-Hazim yg tlah selamat brkhatan atau nama lainnya..bersunat...ataupn jawi....(bg negeri kelantan)

Alhamdulillah....semuanya selesai dalam keadaan baik dan selamat...
sebenarnya majlis ni dh 2 mggu brlalu.....
sedikit trkilan sbb waktu adik2 cik ah khatan ,kakak kesayangan mereka ni tiada disisi utk sokongan moral...

gambar trpaksa di edit..krn masalah yg x dpt dielakkan,,,

dah besar sudah adik2 kakak ni...

nnt awak2 semua dh x bleh:

~. tinggal solat...

~. tinggal puasa  bulan ramadhan(mmg awk2 semua x prnah tinggal puasa kecuali sakit emergency...

~. malas2 pegi mengaji A-Quran....(kesian skit kt abah yg bayarkn yuran awk2 semua tiap2 bulan)

~. malas kemas bilik....(nak tunggu kakak sound baru nk kemas..)

~. tido ngan kakak lagi...(bila awak semua brgaduh 1 sama lain..bilik kakak juga la jd port utk mnumpang kasih)

~ . x bleh mndi telanjang dah..(konpem awak2 semua dh malu ngan kakak)

dan banyak lg yg kakak nk ckp kt awk2 semua... personal k..

kakak bkn nk kongkong awk2 semua..ttp apa yg telah kakak coretkn sblm ni kt sni...para mujahidku


pape pun kakak ucapkan semoga mmbesar dgn baik dan jd anak yg brguna kpd abah & ma / agama / bangsa  dan tanah air...

P/S: x sbr nk dgr citer awk2 sumer...



Hukum Berkhatan :

Berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan di sisi ulama mazhab syafie. Yang wajib bagi lelaki ialah memotong kulit yang menutupi hasyafah. Manakala bagi perempuan ialah memotong hujung kulit yang berada di atas faraj.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa berkhatan wajib bagi lelaki sahaja dan tidak wajib bagi perempuan.

Dalil disyariatkan Khatan :

Dalil yang menunjukkan wajibnya berkhatan ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w sabdanya yang bererti :

"Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah; berkhatan, al istihdad (mencukur bulu kemaluan lelaki ataupun wanita), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai". Hadith dikeluarkan oleh al Bukhari (5552) dan Muslim (257).

Fitrah bererti asal kejadian semulajadi manusia, di sini ia bermaksud sunnah atau cara hidup oleh para nabi dan semua syariat yang memerintahkannya.

WaLLahua'lam.

Sumber : Kitab Fikah Mazhab Syafie - Dr Mustofa al Khin, Dr Mustofa al Buhgo dan Ali Asy Syarbaji.


























hasil nukilan..
N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com






3 comments:

  1. baik n sweet nye kakak die nie...mudah-mudahan adik2 ikut cakap akak nye..insyallah diorang pandai bawak diri nanti cik ah ek..

    ReplyDelete
  2. sunat, jawi, khatan

    sini pun sama. jawi jugak dipanggil.
    rasanya negeri2 lain pun

    ReplyDelete
  3. puteri: terima kasih krn bgtau..ingatkn "jawi" 2 area klntan je..huhuhu

    ReplyDelete