tetamu terhormat singgah

ilhamku sepintas lalu

assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......semoga dalam kerahmatan ALLAH SWT Snntiasa...

cik ah x de citer tuk coretkan..tp,cik ah ingin luahkan rasa hati(cewahh jiwang la plak) cik ah pn x tau
nk panggil apa..mutiara kata ke..madah berhelah ke.....pantun ke....puisi ke..ermm..
tang tu tolak tepi...yg pnting cik ah nk gak luahkn hasil ilham sepintas lalu ni.....
hayati la erk....


Keindahan terpancar
tatkala sinar mentari menjengah bumi

Harumanmu menggamit......
memori berpanjangan

Wahai Alam,
indahnya ciptaanmu jikalau
manusia tahu menghargaimu...

Isimu yang dicipta
dengan kepelbagaian keindahan

Wahai Alam,
tidak dapat kugambarkan
seandainya ada kerakusan yang meragut keindahan
yang ada padamu

Betapa ruginya
jika dibiarkan Alam yang indah itu dibiar kosong

Betapa ruginya
jika tidak tahu menilai aset estetikanya

Betapa ruginya
ia dibiar hampa tanpa khabar gembira

Kicauan burung, deruan air mengalir
dan omongan cengkerik yang tanpa henti
menambahkan lagi nilai keagungan penciptaMU

Betapa rakusnya hatiku
untuk ku gemburkan ke seluruh dunia
betapa indahnya dirimu

Andai aku mampu,
aku pasti dan pasti meneruskan niatku

Tapi..
Apakan daya
manusia itu banyak yang alpa
lupa diri
lupa akan hakikat MAHA PENCIPTA..

Wahai Alam
pemberianmu adalah satu nikmat
yang dapat memberi nafas baru
kepada seluruh umat manusia

Terima kasih YA ALLAH..
diatas simfoni alam yang terhebat







hasil nukilan:

N_Fatihah AbduLLah Yusri

No comments:

Post a Comment