BISMILLAHIROHMANIROHIM
Assalamualaikum.....
Pembuka bicara kata dalam kesyahduan mengingati tuhan yang maha esa.....
Kekalkan AL-QURAN sebagai iman kita, moga kita mati didalam petunjuknya....KALAMULLAH
hidayah bagi kita, diberikan jibril kepada rasul kita.
Dalam mencari identiti diri yang belum pasti..hatiku berbicara, adakah aku dapat menemui
identitiku yang kian jauh dariku.....YA ALLAH bantulah hambamu ini dalam mencapai
kerdhoanmu... hidup ini akan sentiasa diuji dengan pelbagai
ujian dan cabaran, semua ini datang kepada kita kerana, maha pencipta kita
ALLAH SWT mahu menguji setiap hambanya
adakah kita bisa hadapi semua musibah dengan penuh kesabaran dan ketabahan
serta tidak berputus asa memohon pertolongan dengan yang ESA...semua ujian yang
datang kepada kita sebenarnya sesuai dengan kekuatan kita untuk menghadapinya.
Hamba ALLAH yang banyak menerima ujian adalah hamba yang disayangi oleh penciptanya
dan sebagai peringatan supaya kita sentiasa mengingatinya...subhanaallah......
.YA ALLAH, YA TUHANKU...tetapkanlah kesabaran dan ketabahan dalam diriku ini semoga
aku dapat menghadapi semua dugaan yang telah ditetapkan keatasku dengan penuh
ketaqwaan.
AAMIIN...
Sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah, yang mudah terpedaya dengan kemanisan
dunia yang sementara ini....bantulah aku untuk menjadi hambamu yang taat kepada khaliqnya,
umat
yang taat
kepada sunnah rasulnya NABI MUHAMMAD SAW dan agamanya ISLAM. Kadang2
terdetik dihatiku
adakah aku berjaya mengubah diriku ke arah yang lebih baik? Alhamdulillah..aku yakin allah
sentiasa
membantu hamba2nya yang ingin mencapai kerdhoannya....setiap insan yang bersabar akan
sentiasa
dirahmati allah...ya allah aku terima segala dugaanmu dengan hati yang tabah dan penuh kesabaran.
Aku tak minta simpati dengan sesiapa pun melainkan dengan mu ya allah kerana engkau lah tempat
ku mengadu segala masalah duniaku.....kalau difikirkan kembali, apalah sangat masalah yang aku
hadapi berbanding umat NABI MUHAMMAD yang terdahulu pernah lalui..
oleh itu aku sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh ALLAH
kepadaku ini kerana aku tahu masih ada hamba allah yang lebih susah dan memerlukan dari
diriku ini.
Apa yang aku harapkan adalah supaya aku dapat menghadapi segala ujian dan masalah
didunia ini
dengan penuh ketaqwaan dan keimanan serta, tidak cepat putus asa memohon dengan allah.
Aku sentiasa belajar bagaimana untuk menjadi seorang anak yang solehah, sahabat yang disayangi
oleh sahabat yang lain, pelajar cemerlang dunia akhirat serta bangsa yang dapat meyumbang
sesuatu
yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aku sedar, semua ini memerlukan
PENGORBANAN yang besar serta KEIKHLASAN yang tulus dari lubuk hati.
Kadang-kadang dalam hidup banyak pengorbanan yang harus dilakukan...ermmm trpulang kepada
diri setiap insan bgmn untuk lakukanya.....aku sedar semakin hari banyak semakin banyak
benda
yg harus aku korbankn...tp, aku tahu pengorbanan ini adalah untuk melatih diriku mnjd seorang
yg lebih tabah dan yakin dgn diriku sndiri(insyaallah..still mncuba mnjd insan yg tabah).
No comments:
Post a Comment