Powered By Blogger


tetamu terhormat singgah

Showing posts with label laman nurani. Show all posts
Showing posts with label laman nurani. Show all posts

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a...

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat











Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.












hasil nukilan
N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com

Para mujahidku...


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat


Pesanan Saidina Ali: Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.


p/s: cik ah dlm proses mndidik adik2 cik ah supaya menjadi insan yg berguna....oleh itu cik ah juga harus memperkemaskan diri sendiri agar lebih mantap dlm ilmu agama utk dijadikan ikutan buat adik2...

buat adik-adikku: Muhammad Al-Hafiz / Muhammad Al-Hanif / Muhammad Al-hadie / Muhammad Al-Hazim / Muhammad Al-Harez  & Nik Muhammad Al-Hakqi....

kakak sayang awak2 bukan hanya disebabkan oleh tanggungjawab...tp,kakak sayang awak2 semua kerana ALLAH....
mmg diakui,diri kakak pun bukannya baik sngt...tp,kakak cuba mnjd yg trbaik dimata adik2....

apa yg kakak tegur @ marah kt awak2 semua bkn beerti kakak benci awak2 semua...tp,tanda kasih dan sayang kakak utk awak semua..
kakak tak mahu awak2 semua mmbesar mnjd hamba ALLAH  yg tiada hala tuju....

kakak mahu awak2 semua mnjd hamba ALLAH yg taat kpd KHALIQNYA / RASULNYA...serta sunnah NABI SAW...
apa yg penting mnjd anak yg soleh..taat kpd ABAH & MA....
INGAT....
syurga awak semua dibawah tapak kaki ma tau...so,jgn derhaka...

kakak tak kisah andai kata suatu hari nnt awak semua tak hiraukn kakak...tp,satu je kakak minta...
TOLONG JAGA/SAYANG/KASIH/TAAT kpd ABAH & MA hingga ke syurga.....


hanya doa yg mampu kakak utuskan utk MA / ABAH & ADIK2 semua...
kakak cuma minta awak2 semua tolong jaga diri baik2....jangan tinggal solat...AL-Quran jgn skali dilupakan...hidupkan hari mu dgn AL-QURAN...

walaupun ada diantara adik2 kakak masih lagi "merangkak2" bacaan Al-Qurannya...x pe..kakak x marah..asalkan awk rajin berusaha...ingat setiap bacaan yy awk baca dikira oleh ALLAH SWT....besar ganjarannya tau...


pic ni diambil 2 tahun lepas kut..kalau x silap la...
hafiz, hazim,harez & hadie



hai...saya la hok paling kecik...hakqi..a.k.a = tek



garangnyer muka hanif.......
adik cik ah yg "istimewa"insyaalah
anak syurga



hasil nukilan
N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com







Tika subuh itu...


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat





Sahabatku....

subuh org2 beriman itu sudah dibahagiakan ALLAH, 

saat ia bersama sama berjalan dg anak2nya berjamaah ke mesjid, 

sekali kali ia gandeng tangan anaknya, 

sekali kali ia cium pipi anaknya, 

sekali kali ia usap kepala & ia peluk anaknya, dg udara yg padat oksigen sejuk segar menyehatkan, setiap langkahpun bertambur rahmat & ampunan ALLAH, 

sampai di mesjid iapun bertemu saudara2nya seiman, krn memang HANYA ORG YG BENAR BENAR BERIMAN YG MAU MEMAKMURKAN MESJID (QS 9:18), bahagia menatap wajah2 mrk yg teduh, damai, bersahaja & bercahaya, buah dari air wudhu & kesenangan ibadahnya, selesai sholat, zikir & doa meraih "hikmah" dari Kitab Hadist yg dibacakan imam...

pulang dari mesjid dg jalan berbeda & ada kesempatan beramal mematikan lampu2 jalanan, 

begitu sampai di rumah anak2 berhamburan mencium tangan & memeluk mamanya setelah ucapan Salam, oh ya tentu suamipun mencium kening bidadarinya dgn doa, 

"Ya ALLAH, bahagiakan keluarga kami dunia akhirat...aamiin.

 Indah nian subuh bg org2 beriman, kini ini aku semakin faham doa Rasulullah, "Ya ALLAH berkahi umatku di waktu subuh". Sungguh org2 beriman itu hari harinya selalu diawali dg KEINDAHAN AMAL IBADAH..... SUBHANALLAH.







titipan dari fb 
K.H Muhammad Arifin Ilham
(pendakwah indonesia)












N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com














ku terimamu kerana ALLAH YA ZAUJAH

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat











Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya

Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.

Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima IJAB dan QABUL lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.
Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….
















N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com
sharing from fb



5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat








.Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati

mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...


1. Elakkan berurusan dengan lelaki 


- Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain.
Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka
terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.


2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah
medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota
kecil
. 
Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh
:maaf
(bukan sowie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak
payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..),
dan lain-lain yang
kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini
kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang
bernama lelaki.
  

Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya
keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai
isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika
kamu bertaqwa. 


Maka
janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara
,
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada
isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan
tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanitabertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati.
 Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan
beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini
tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”


4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to.." . Ianya applicable kalau kita bercakap dengan
sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang
berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. 


Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata
mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah
Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".


Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi.
Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke,
fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para
sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm
kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan
apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam
Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah
pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan.

Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So,
apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah
secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang
ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan.  Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. 



Jagalah diri, hiasi peribadi. 
























p/s: pesanan utk sndiri juga...maklum la..kehidupan kampus mmg sngt mncabar...so,tanya iman masing2...."apa sebab goyangg....nt jawab iman...hang la x kontrol aku betui2.....









N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com

p/s : sharing from someone...

sahabat kita mcm ni ker???

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat









Sekadar renungan ...

....::::::TIP MEMILIH SAHABAT::::::....

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:


1-Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2-Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3-Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4-Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan mahram) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.begitu jua dengan perempuan yang duduk dgn lelaki(bukan mahram)

5-Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6-Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7-Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8-Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya






N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com


pilihanMU yang terBAIK YA RABB...

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat










YA RABB....
Jika ada 2 pilihan
diantaranya adalah dia,tentu aku akan memilihnya
Jika ada 10 pilihan
diantaranya adalah dia,tentu aku akan memilihnya
Jika ada 100 pilihan
diantaranya adalah dia,tentu aku akan memilihnya


YA RABB..
Jika hanya ada 1 pilihan,,,
tidak ada dia dalam pilihan itu
Maka, aku pun akan menerimnya sebagai PEMBERIAN TERBAIK dariMU..
Buatlah aku mencintai pilihan yang engkau berikan..
Buatlah aku setia pada pilihanMU
Buatlah aku menyayangi pilihan yang engkau AMANAHKAN..


Sesungguhnya diri ini bisa merancang...tetapi rancangan adalah yang terbaik dan lebih baik...
sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI...




amiin ya rabbal a'lamin..







KASIHNYA MUHAMMAD SAW TERHADAP KITA....UMAT AKHIR ZAMAN

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT,semoga kita semua senantiasa Dalam REDHA ILAHI dunia wal akhirat....









Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
…………………………………………..
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.