Powered By Blogger


tetamu terhormat singgah

Showing posts with label BERINGAT SAMA2. Show all posts
Showing posts with label BERINGAT SAMA2. Show all posts

AKU BANGGA oiiii......

Assalamualaikum......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT, semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat.....








Apa yang engkau banggakan akan dirimu wAhai anak ADAM????

Engkau bangga akan pakaianmu dari sutera..berjenama...limited edition only..; begitu???
sedangkan pakaian terakhirmu merupakan selimut putih yg berjenama KAFAN.....no more levi's, timberlands, tommy,oshkosh, quick silver dan mcm2 lg jenama yg engkau agung2kan didunia dahulu..


Engkau bangga dengan keretamu yang besar dan hebat.....kalau boleh,kau nak satu dunia tahu yg kereta kau hebat.....hebatnya kerana apa???? apa...kau ingat dgn usung minah-minah yg baju tak cukup kain tu hebat...ada class....????? kereta buruk yg kena tolak baru bleh hidup tu lebih bagus dan hebat tau jika destinasinya kemasjid2....surau2...dan majlis2 ilmu brbanding kereta kau yg kau kata HEBAT dan ada CLASS..hrga beratus2 ribu jika asyik duk g ke tempat maksiat buat apa.....baik kereta kau 2 dijadikan kereta sapu...kerja halal...untung dapat...redha ALLAH SWT pun dpt..insyaallah.....
cuba bayangkan kereta mahal2 kt ctnya..porshe...ferrari...lambhorghini org buat kereta sapu????
ingat...bila kita meninggal dunia nnti......van jenazah juga la kenderaan trakhir kita....



Engkau bangga mempunyai rumah besar bak istana dunia....dipenuhi lampu2 mewah yg brgemerlapan......kolam renang bak tasik putrajaya......didalamnya dipenuhi dgn kerusi...meja...dan brg2 prhiasan import u know.......bangga ke???? (n,@)
apa yg dibanggakan jika rumah yg kita diami dalmnya kosong tanpa NUR....SEPI....HAMBAR....
itu yg kita bangga2kan sangat??????
mmg la nikmat dunia kita dpt rasa....tp, sementara sahaja bukan???? pastu...rumah MEWAH kita ni bleh kita buat masuk dlm kubur????BOLEH???
no...no..no.....rumah terakhir kita nnt hanya drp papan yg cukup2 memuatkan badan kita sahaja......x ada lampu2 mewah......x ada kerusi dan meja import bagai tu semua.....TAK ADA!!!!!



Engkau bangga dirimu menjadi perhatian ramai...gojes la sngat kan.....dgn bentuk badan yg menarik...yg pasti membuatkan lelaki tertarik.....harumnya badan kau sehingga kedai kak jemah yg 2 km boleh hidu....nasib baik tak melekat haruman itu pada karipap kak jemah.....klau tak...naya...
engkau sedar tak yang MALAIKAT  ROKIB & ATID setiap saat dan detik merupakan PEMINAT yang paling setia disisi kau.....ditangannya tidak lekang akan pena dan buku catatan yg menantikan signature kau......kedua-dua malaikat ini juga merangkap" reporter "yg akan menulis setiap kelakuan yg kau buat....samaada baik @ buruk semuanya akan dicatat.....
beritanya kau akan tahu diakhirat kelak dan disiarkan secara langsung didepan kau.....boleh ke jawab gosip tu nnt??????



Engkau bangga poket penuh dgn duit yang katanya tidak abis 7 keturunan......bangga la sngt kan?????
sedangkan, ilmu agama sedikit pun tidak kau kisahkan walaupun sudah 7 keturunan...macam ni kau boleh banggakan......rezeki yg ALLAH SWT kurniakan sepatutnya digunakan kearah kebaikkan.....bukannya dilaburkan di kasino2......rumah pelacuran.....pub2 malam.....abiskan duit dgn minum air kencing setan buat apa.....kaya la setan tu nnt kalau kau asyik duk togok air kencing dia......
(kau pikir la sndiri tmpat apa yg paling sesuai utk kau laburkan duit kau yg banyak tu......(<,")
pandai2 la...kau dg besar pjgkan????


last but not least.........

Engkau bangga dengan pangkat yg engkau pegang didunia sehingga kau lupa utk kejar pangkat diakhirat kelak.......






- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ. (البخاري)
 Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: "Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. " Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata:  "Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu."
(Bukhari)

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., mengingatkan: Supaya tiap-tiap seorang jangan menumpukan amal usahanya untuk kepentingan hidupnya di dunia semata-mata kerana yang demikian akan merugikannya dan jangan pula ia memandang dunia ini sebagai tempat tinggalnya selama-lamanya kerana yang demikian menyalahi hakikat wujudnya yang akan berakhir apabila sampai ajalnya yang telah ditentukan, tetapi hendaklah ia memandang ke tempat yang hendak ditujunya, iaitu tempat tinggalnya yang tetap alam akhirat.
Sebenarnya dunia ini tempat sementara bagi orang dagang dan biasanya orang yang demikian tidak terikat kepada negeri yang ditumpanginya tetapi sentiasa ingat hendak balik ke negerinya, oleh itu ia tidak akan resah gelisah kiranya ia tidak dilayani atau ia ditimpa oleh sesuatu keadaan yang menyinggung perasaannya, juga ia tidak mahu merebut sesuatu kelebihan atau kemewahan yang ada di negeri itu.
Demikian juga dunia ini hanya tempat persinggahan orang musafir untuk mengambil bekal yang perlu bagi perjalanannya dan kebaikannya apabila ia sampai dan berada di negerinya yang dituju. Peringatan yang diberikan oleh Ibn Umar sahabat Nabi yang terkenal itu pula maksudnya: Janganlah seseorang menaruh sebarang cita-cita yang melalaikannya daripada menunaikan tanggungjawabnya terhadap Tuhannya.
Bagi menghidupkan kesedarannya tentang itu hendaklah ia sentiasa ingat apabila ia berada pada siang hari: Bahawa ajalnya harus akan sampai pada waktu malam, demikian pula sebaliknya. Dengan itu tiap-tiap seorang hendaklah mengisi masa hidupnya dengan amal-amal bakti sebelum ua ditimpa penyakit yang menghalangnya atau sampai ajalnya yang memang tidak diketahui masa datangnya






PERINGATAN UTK DIRIKU.....

p/s: saya tidak mmpunyai harta utk dibanggakan melainkan ilmu yg sy cuba kutip sebanyak mungkin utk dikongsikan kpd semua serta buat bekalan diri diakhirat nnt....





hasil nukilan
N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com





ujian datang tanpa memberi salam...

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat  









Alhamdulillah ...maha suci ALLAH yang mghidupkan dan yg mematikan.....

kita merancang....tetapi rancangan ALLAH SWT adalah trbaik...

ditakdirkan ALLAH SWT usai solat subuh,belum sempat meluahkan perasaan kpd ALLAH SWT,kalam ALLAH tdk dijengah dgn rambut yg masih basah.... badan cik ah dr pinggang ke bawah sakit yg amat....mmg dh x boleh brgerak....sakit dlm perut ibarat ada org tngah merobek2 usus utk dikeluarkan...pinggang dan punggung kejang,x boleh nk rapatkan dilantai...trpaksa duduk dlm keadaan merangkak....Ya allah..sakitnya hanya engkau yg MAHA MENGETAHUI...


kalau ikutkan perancangan...sepatutnya usai subuh bnyk kerja yg cik ah nk buat...

~basuh baju
~jemur kain
~kemaskan almari baju
~study 4 the final exam

kita merancang..tuhan yg menentukan....



dalam keadaan bilik yg berlatarkan cahaya lampu balkoni yg samar2....cik ah trpaksa tahan sakit...mulut dh tak mampu utk mngungkapkan kalimah..ALLAH...ALLAH..ALLAH...disebabkn air liur meleleh keluar kerna sakit yg melampau....hanya ungkapkan dlm hati....


nak panggil kawan2...hanya mata yg mmpu memandang mereka...mulut tak trucap...tangan tak terangkat....

sabar fatihah...sabar....ALLAH ada ngan kau.....ingatkn ALLAH bnyk2.....(monolog dlm hati)

merangkak naik atas katil.....badan dh tak boleh ditegakkn disbbkn bahagian pinggang sakit sngt2...

terpaksa baring atas katil dlm keadaan mengiring dan merengkokkn badan...badan dh mula menggigil kesejukkan....


adakah pagi ini adalah hari trakhirku YA ALLAH...
aku belum minta maaf lg kt ABAH & MA....adik2...kawan2.....

ampunkn aku Ya Allah...ampunkan aku....





terasa lambat sngt suria pagi dtg mnjengah alam semesta hari ni....

disbbkn sakit yg tak boleh ditahan lagi....ambil balm panas yg mmg sentiasa cik ah letakkn tepi katil utk tujuan kecemasan...sapu balm kt semua bahagian yg sakit....alhamdulillah...selepas 1 jam lebih brlalu..sakit dh semakin kurang.....

lepas tu cik ah dh tak ingat apa2...sedar2 dh pkul 9 a.m

(klau boleh elakkan tdo slps subuh k...kes emergency x pe)

bangun je terus brdiri.....ALHAMDULILLAH....syukur nikmatMU ya RABB....
dh boleh brdiri dgn baik....sakit still ada...tp..alah bisa tegal biasa" (^.^)


apa yg cik ah coretkan disini bukan lah utk meminta simpati...tetapi dikongsikan brsama kpd sahabat realiti @  alam maya yg mngenali cik ah...

apa yg cik ah dapat pelajari adalah rasa syukur akan nikmat yg ALLAH SWT limpahkan kpd kita semua...
seperti

IMAN


AKAL


AKHLAK


TUBUH BADAN YG SIHAT


KELUARGA YG BAHAGIA


KAWAN2 SEKELILING YG BAIK.

banyak lg la nikmat yg ALLAH SWT berikan...mmg tak trhitung....
sampai masa nnti ALLAH SWT akan mengambil kembali apa yg dipinjamkanNYA kpd kita..

apa yg paling penting adalah...SOLAT SUBUH DIAWAL WAKTU (bkn subuh je..semua solat 5 waktu harus tepat)

segala penyakit yg datang tanpa isyarat....

kalau la sakit yg cik ah alami datang sebelum cik ah menunaikan kewajipan trhadap ALLAH SWT...
kemungkinan besar hari ni merupakan hari terakhir cik ah kt dunia fana ni.....mcm mn cik ah nk jawab bila disoal??

sakit sebenarnya adalah salah satu point utk kita dekatkn diri dgn MAHA PENCIPTA...

 waktu sihat KAU lalai kan nikmat ALLAH SWT berikan...
bila dh sakit baru nk dekatkan diri dgn ALLAH SWT..
peringatan buat diriku)


ALLAH adalah tuhan yg MAHA MENDENGAR...tak kira la masalah apa yg kita alami...luahkan...menanngis la ketika meluahkan seandainya itu dapat tenangkn hati kita....
apa yg paling penting...segala rahsia kita tidak akan bocor didunia..ttp,akan bocor diakhirat...
hati kita juga akan berasa lebih tenang hendaknya....




p/s: ingin teruskan sambung kerja2 yg trbengkalai,selagi ALLAH SWT berikan kekuatan,kesihatan,hari yg indah...jgn malas k...mudah-mudahan dpt abiskan..





hasil nukilan
N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com







Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a...

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat











Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.












hasil nukilan
N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com

Tika subuh itu...


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat





Sahabatku....

subuh org2 beriman itu sudah dibahagiakan ALLAH, 

saat ia bersama sama berjalan dg anak2nya berjamaah ke mesjid, 

sekali kali ia gandeng tangan anaknya, 

sekali kali ia cium pipi anaknya, 

sekali kali ia usap kepala & ia peluk anaknya, dg udara yg padat oksigen sejuk segar menyehatkan, setiap langkahpun bertambur rahmat & ampunan ALLAH, 

sampai di mesjid iapun bertemu saudara2nya seiman, krn memang HANYA ORG YG BENAR BENAR BERIMAN YG MAU MEMAKMURKAN MESJID (QS 9:18), bahagia menatap wajah2 mrk yg teduh, damai, bersahaja & bercahaya, buah dari air wudhu & kesenangan ibadahnya, selesai sholat, zikir & doa meraih "hikmah" dari Kitab Hadist yg dibacakan imam...

pulang dari mesjid dg jalan berbeda & ada kesempatan beramal mematikan lampu2 jalanan, 

begitu sampai di rumah anak2 berhamburan mencium tangan & memeluk mamanya setelah ucapan Salam, oh ya tentu suamipun mencium kening bidadarinya dgn doa, 

"Ya ALLAH, bahagiakan keluarga kami dunia akhirat...aamiin.

 Indah nian subuh bg org2 beriman, kini ini aku semakin faham doa Rasulullah, "Ya ALLAH berkahi umatku di waktu subuh". Sungguh org2 beriman itu hari harinya selalu diawali dg KEINDAHAN AMAL IBADAH..... SUBHANALLAH.







titipan dari fb 
K.H Muhammad Arifin Ilham
(pendakwah indonesia)












N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com














kita yang pilih jalan itu.....

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhir






kenapa kau meletakkan nafsu di hadapan......
sedangkan kau tahu bahawa nafsu itu adalah kawan yang membolehkan kau merasai batapa azabnya siksa api neraka jahannam

kau diberi AKAL untuk berfikir yang mn elok & yang mana tidak...

TAPI SAYANG.....
akal itu tidak digunakan...hanya di biarkan TERPERAP KT dlm OTAK....

PADAHAL.....kau tahu bahawa AKAL tu yg membantu kau mnjadi seorang "INSAN POSITIF" dr segala aspek...

ROHANI....

MENTAL....

FIZIKAL...

&

ELOK ZAHIR BATIN...

mungkin MATA kau DIKABURI oleh KEMANISAN DUNIA yg SEMENTARA

AKAL dikuasai NAFSU....
HATI dikuasai KESERONOKAN DUNIA....

tidak SEDAR semua ini hanya sementara.....SEMENTARA!!!!!

SAH....
kau telah terpedaya dengan TIPU MUSLIHAT DUNIA..

hureyyyyy.....yippeeeee.......yeahhhhhh
bala-bala SYAITAN berpesta riang kerana telah berjaya MENAWAN HATI & JIWA manusia supaya ikut 
nafsu DURJANA...

seronok sakan la SYAITAN LAKNATULLAH......

arghhhhh.....aku tak patut buat semua ni...apa yg aku dh lakukan ni YA ALLAH....
kenapa...kenapa....hati merintih lagi......

apa yg nak disesali lagi.....perkara dh berlaku....
sblm berlaku kau tak ingat pun tuhan....iman pun kau campak tepi....ye lah...orang dh "syok" katakan...

aaaahhhhhhh......dah terlambat daaaa......."kata SYAITAN LAKNATULLAH"
jom la kita buat lagi......tak der masalahnya......
nanti-nanti la brtaubat....banyak masa lagi...
hah...tu dia...si setan dh mai pujuk dah.....

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan 
wahai "GENG NERAKA JAHANNAM"..

aikksss.....dh ado geng la plok dohhh......

hah...blo sampai tahap ni demo bleh pilih demo nk geng mano...

"GENG BAS SEKOLAH"
"GENG SURAU"
GENG MENGAJI"
"GENG PENGEMBARAAN BERMULA UPIN DAN IPIN:
      
                       DAN.....
macam-macam lagi geng yg ada kt muka bumi ni....
hok tu...demo pilih la sndiri dehh....

 arrrgghhhhh...tidakkkkkk....

YA ALLAH....aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan.....
aku tahu perkara tu salah......
tp....kenapa????......kenapa aku biarkan diriku dikuasai NAFSU...
sepatutnya, sebagai HAMBA ALLAH yang TAAT..aku patut tahu yg mana  BENAR...
yg mana TIDAK..
"MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK CIPTAAN ALLAH SWT..dan...
SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ADALAH BUAT APA YANG DIPERINTAH ALLAH SWT dan TINGGALKAN APA YANG DILARANG OLEHNYA...
(AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR)
astghfirullahhal'zim.......

ambil masa dan bertafakur sejenak...MUHASABAH DIRI.....
INSYAALLAH.... ALLAH SWT tidak akan mempersiakan doa hamba yg meminta degan penuh kesungguhan dan yakin serta ikhlas ALLAH SWT akan menolongnya dalam apa jua keadaan sekalipun.....

 YA ALLAH....

JANGANLAH engkau PESONGKAN HATIKU setelah engkau BERI HIDAYAH kepadaku..
JAUHKAN diriku dari trgolong dalam golongan hambaMU yg lalai..
AMPUNKAN DOSAKU....dosa kedua orang tuaku...dosa adik-baradikku..saudara maraku....
guru-guruku....sahabat rakanku....muslimin dan muslimat...mukminin dan mukminat..
dosa-dosa yg telah lepas..dosa-dosa yg kami tidak ketahui dan hanya engkau yg mengetahui..
limpahi hidup barakahmu keatasku  didunia wal akhirat serta jauhkan diri ini dari azab api neraka....aamiiin....




mohon keampunan padaMU YA RABB





hasil nukilan...
N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com

5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat








.Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati

mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...


1. Elakkan berurusan dengan lelaki 


- Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain.
Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka
terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.


2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah
medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota
kecil
. 
Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh
:maaf
(bukan sowie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak
payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..),
dan lain-lain yang
kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini
kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang
bernama lelaki.
  

Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya
keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai
isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika
kamu bertaqwa. 


Maka
janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara
,
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada
isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan
tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanitabertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati.
 Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan
beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini
tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”


4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to.." . Ianya applicable kalau kita bercakap dengan
sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang
berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. 


Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata
mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah
Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".


Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi.
Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke,
fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para
sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm
kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan
apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam
Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah
pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan.

Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So,
apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah
secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang
ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan.  Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. 



Jagalah diri, hiasi peribadi. 
























p/s: pesanan utk sndiri juga...maklum la..kehidupan kampus mmg sngt mncabar...so,tanya iman masing2...."apa sebab goyangg....nt jawab iman...hang la x kontrol aku betui2.....









N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com

p/s : sharing from someone...

sahabat kita mcm ni ker???

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......salam seluas rezeki dan kasih sayang ALLAH SWT..semoga kita semua senantiasa dalam redha ilahi dunia wal akhirat









Sekadar renungan ...

....::::::TIP MEMILIH SAHABAT::::::....

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:


1-Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2-Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3-Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4-Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan mahram) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.begitu jua dengan perempuan yang duduk dgn lelaki(bukan mahram)

5-Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6-Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7-Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8-Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya






N_Fatihah AbduLLah Yusri...
teratak sewaku...melaka
www.cik ah baiti jannati.com